search web kakiseni
[ go ]

member login

register now | why register?
registration/login problems?



BOH Cameronian Arts Awards

"Do not follow where the path may lead. Go instead where there is no path and leave a trail."

- Muriel Strode
You are not logged in.
articles

 View on a single page

22. 09. 2005
Angin Kemarau by Zulkifli Mohamad

Muzium Islam mempunyai persepsi yang agak baik di kalangan pencinta seni tanahair. Kehadirannya di suatu tempat yang begitu strategik, berdekatan Masjid Negara dan bangunan lama Stesyen Keretapi Tanah Melayu, menjanjikan sebuah keindahan yang berbeza. Seni binanya yang moden dan simpel, berasaskan bangunan tradisi Timur Tengah, sekaligus menampilkan perbezaannya dari bangunan lama Stesyen Keretapi Tanah Melayu yang berbentuk Moorish, dibina pada 1910 oleh pihak pemerintahan kolonial British, dan bangunan Masjid Negara, dibina pada 1965, yang melahirkan sebuah binaan kontemporari yang bercirikan Malaysia dan bebas dari pengaruh Timur Tengah. Bangunan Muzium Islam masih mempunyai iras-iras Pusat Islam. Walaupun Muzium Islam ini dibina oleh sebuah yayasan persendirian, Yayasan Bukhari. Kedudukannya jelas dilindungi oleh Pusat Islam yang berada tidak jauh darinya.

Pameran “Mesej dan Monsun” yang diadakan Muzium Islam dari Julai 5 hingga Oktober 5, 2005, ini menjanjikan sebuah tajuk pameran seni Islam yang menarik, yang bersifat Asia Tenggara, kalau pun tidak Melayu Nusantara! Apabila menyebut “Islamic Arts”, kita sering terbayang artifek-artifek dan bangunan-bangunan masjid dari Timur Tengah, seringnya ditulis oleh penulis Barat (Inggeris dan Amerika). Tetapi saya juga teringat akan betapa terujanya saya melihat sebuah pameran Islam di Muzium Sarawak beberapa tahun yang lalu, mempamerkan artifek Islam nusantara yang unik dengan penerangan yang cukup informatif. Mungkin juga lukisan-lukisan Sulaiman Esa terbayang di mata di saat membicarakan “Islamic Arts” di Malaysia. Buku Islamic Arts tulisan Othman Yatim pula banyak melihat artifek Islam di alam Melayu Nusantara, termasuk batu-batu nesan orang-orang terhormat serta pinggan-pinggan keramik yang bertulis ayat-ayat suci Al Quran. Pameran-pameran di Muzium Islam sebelum ini banyak membawa konsep-konsep kuratorial “Islamic Arts” dari Timur Tengah dan dunia barat, malah Muzium Islam menjadi sinonim dengan pameran Timur Tengah, mungkin kerana penaungnya yang berasal dari negeri Timur Tengah. Maka sudah tiba masanya kita di Malaysia melihat “Islamic Arts” dari perspektif kita sendiri. Tetapi apakah kita sudah bersedia dengan pengalaman, penyelidikan dan kefahaman tentang Islam secara keseluruhan, Islam di Nusantara dan perbezaannya dengan Timur Tengah? Ya benar, Islam itu universal, tetapi apakah yang membuatkannya menjadi bersifat universal. Itulah yang kita cari.

Sememangnya pameran ini bertepatan dengan waktu dan ketika. Muzium Negara sendiri mempamerkan “Semangat Kayu” dari koleksi Allahyarham Nik Rashidin dan hasil kerja beliau serta pengukir muda Nurhaizal, menampilkan identiti dan semangat Langkasuka (kerajaan Melayu pertama di Semenanjung Tanah Melayu di Abad ke 2) sebelum ketibaan Islam di Nusantara. Dalam perbualan saya dengan Allahyarham Nik Rashidin sebelum ini, beliau menyangkal kehadiran teras unggul nilai-nilai Islam didalam pembentukan seni di Nusantara khususnya di Pattani, Selatan Thiland dan Kelantan, sebaliknya menegakkan estetika ‘Langkasuka’. Mungkin juga kerana beliau terpengaruh dengan eksotika oriental pihak barat yang melihat kita dari sudut pemuziuman, walaupun konsep pemuziuman yang dianuti sudah jauh ketinggalan oleh muzium-muzium dan galeri-galeri yang progresif di Barat. Walaupun begitu konsep tersebut harus dijelaskan di dalam kehadiran Islam di Nusantara. Di dalam pameran ‘Mesej dan Monsun’ (walaupun saya sendiri lebih cenderung menggunakan ‘Monsun dan Mesej’), idea-idea dan konsep-konsep penindanan anutan, fluiditi kesultanan maritim Melayu Nusantara, bentuk rupa bumi dan alamnya serta identiti setempat tidak langsung disentuh. Banyak artifek-artifek yang jelas hanya ditemui di negeri-negeri seperti Kelantan dan Trengganu, tetapi sering disebut sebagai Semenanjung Tanah Melayu. Ini seolah-olah menafikan keujudan dan keunikannya. Kurator jelasnya seperti tidak membuat rujukan, walaupun rujukan-rujukan asas yang sudah lama ada seperti Winstead dan Shepard, atau Sejarah Awal Malaysia dan Seni Bina Malaysia oleh Nik Shuhaimi dan Chen Voon Fee.

Pameran yang berada di galeri di tingkat atas ini dibahagikan kepada beberapa kategori – metal, kain, ukiran kayu serta tulisan Al Quran. Pameran ini didahuli dengan peta Belanda dari abad ke 17 yang menunjukkan arah angin atau monsun serta kerajaan-kerajaan lama yang ada ketika itu. Pameran seterusnya membawa kita menjelajah bentuk-bentuk seni Islam, yang sebahagiannya tidak ada hubungan dan tidak diterangkan hubungannya dengan alam benda, apalagi hubungannya antara ‘Mesej’ dan ‘Monsun’. Apa yang jelas, judul yang diambil hanyalah untuk menyedapkan pendengaran di telinga. Banyak label-label yang diletak hanyalah sebagai melepaskan batuk ditangga dan tidak menerangkan apa-apa, hanyalah informasi yang samar. Pencahayaan yang buruk juga membuatkan artifek tenggelam, apalagi dengan adanya ruang-ruang yang kosong. Terdapat juga beberapa foto yang dibesarkan yang tidak membawa apa-apa erti kepada pameran, sekaligus tidak menceritakan erti simbolikanya. Apalagi bila terdapat artifek-artifek yang diragui asal usulnya, sebaliknya dilabelkan sebagai Semenanjung Tanah Melayu. Kurator seharusnya membezakan antara ‘artifek yang ditemui di Semenanjung’ dengan ‘artifek yang dibuat di Semenanjung’, kerana kita tidak lagi bodoh untuk membezakan buatan dan identitinya. Begitu juga perbezaan antara Kain Cindai dengan Patola, Gerinsing dan Limar, serta antara Kain Telepok dan Kain Berperada!

Pada penghujung ruang dibelakang pameran pula terdapat selonggok barang-barang yang baru dibeli di pasar seperti batik sutera tulis dari Kelantan, batik sarong tiruan dari Sungai Golok Thailand, rempah-ratus, teh, kopi, panggan mangkuk Cina, minyak wangi yang berlabelkan “Barang-barang yang diimpot dan diekspot” yang agak mengelirukan kerana barangan yang dipamerkan adalah barangan yang ada pada hari ini, dan bukan replika barangan dagangan masa lampau. Kalau itulah barangan ekspot yang ada dari kita, dan kalaulah Menteri Perdagangan kita yang penuh dramatik itu tahu, tentunya dia akan mengamuk! Disebelah longgokan artifek itu terdapat notis kenyataan tentang kegiatan untuk pengunjung kanak-kanak yang sememangnya tidak sepatutnya berada disitu. Kurator seharusnya tahu akan ilmu pemuziuman dan teknik-teknik pameran yang ada.

Dua helaian kertas, kenyataan akhbar dan sekeping cakera padat diberikan kepada saya oleh Ketua Unit Pemasaran. Apabila ditanya tentang kurator pameran, beliau menjawab yang Muzium Islam mempunyai lima orang kurator dalaman, dua daripadanya bertanggungjawab ke atas pameran ini. Saya terpaku seketika sambil terfikir: kalau inilah Seni Islam yang ingin ditonjolkan oleh Muzium Islam dan Muzium Islam inilah yang akan menjadi pelindung kepada khazanah seni Islam yang ada di Malaysia dan Nusantara, nampaknya kita sudah berada di zaman kehancuran seni Islam, sebelum ianya bermula di Malaysia. Tentunya titik peluh dan sumbangan Syed Mokhtar mendirikan muzium ini menjadi sia-sia.

Apapun, perasaan saya menjadi lebih ceria setelah memasuki Toko Kedai Muzium Islam yang nyatanya mempunyai banyak barangan yang bersangkutan dunia Islam dan jauh lebih meriah dan lebih informatif dari galerinya. Para pekerjanya juga lebih bersedia menerima tamu-tamu untuk membeli belah. Mungkin saja Muzium Islam menukar saja muziumnya menjadi Bazaar Islam untuk pelawat-pelawat ke Masjid Negara.

Kalau saja pameran ini cuma memfokus kepada kitab-kitab Al-Quran yang katanya milik Pusat Islam, sekaligus meneliti tulisan tangan, rekaan-rekaan bingkainya serta kertas dan tinta yang digunakan dengan kesultanan-kesultanan yang ada di Nusantara serta identiti seninya, saya yakin ianya menjadi sebuah pameran yang unggul bukan saja di Malaysia, malah boleh dibawa menjelajah ke seluruh dunia.

~ ~ ~

Zulkifli Mohamad telah menyelesaikan tesis doktor falsafahnya di dalam bidang politik persembahan di ATMA, UKM.

 View on a single page

User Comments

posted by Azura Abdullah
Assalamualaikum En. Zulkifli,

First and formost, I wish to thank you for writing this review. Though it is not written in our favour yet I am personaly thankful that it did inspire you to write about it.

I do not wish to comment your personal view on this exhibition. Everybody is entitled to their own opinion and I believe as pencinta seni melayu yourself, you have done plenty of research on your own, and your finding might be different from ours. At this point I wish to add that it took us 2 years to make this exhibition a success. A lot of research, effort and time were put in by our curators.

I would like to correct some misquoted information in your review (I remember that you didn't have your notebook when we spoke). We definitely have more than 5 curators in the museum, in fact the whole curatorial team comprise of 14 personnel. 2 of them & the head of curatorial affair, were 100% on this project while a few others assisted them in making this exhibition a success. If you read our book on this exhibition, you may find a lot more information than you would expect.

Once again, I thank you for the review.

Regards,
Azura Abdullah
Assist. Manager, Marketing & Events
Islamic Arts Museum Malaysia

 

posted by Anak Melayu
Sememangnya kita berbangga mempunyai IAMM yang memaparkan kesenian Islam, tetapi yang jelas seni Islam yang banyak dipaparkan di sini adalah seni yang bertunjangkan Islam tanah Arab. Sememangnya pengaruh Islam sudah lama sampai ke Alam Melayu tetapi kita mengubahnya supaya kita tidak menjadi Melayu Arab (walaupun sebahagian Melayu sudah mula ke arah ini, berjubah misalnya). Ini menyebabkan penghasil seni alam Melayu mencorakkan hasilan mereka dalam bentuk Islam tetapi yang berakarkan Melayu. Dan ini membentuk satu pola Islam kesenian Islam tersendiri di Alam Melayu.
Saya bukanlah pengunjung tetap IAMM, tetapi apa yang kelihatan ialah orientasi IAMM lebih kepada Tanah Arab kerana itu kita lihat kebanyakan kuratornya termasuklah ketuanya adalah mereka yang berpendidikan kesenian Islam Arab (Maaf kalau fakta saya silap, tetapi pengamatan terkahir saya di laman web IAMM menunjukkan keadaan ini). Ini menyebabkan kesenian Islam Alam Melayu seperti tidak mendapat tempat. Sudah sampai masanya Islam Alam Melayu menjadi tumpuan IAMM. Sudah lama saya berasakan perkara ini, malah sejak pembukaannya. Berada di IAMM seolah kita berada di sebuah muzium Islam yang terletak di negara Barat, cuma lokasinya saja di Malaysia.

 

posted by Mohamad
Azura, For your information, I still have my notes until now and I also have good memory. Thank you!

 

posted by museumgoer
While there were some valid points on research in this review, perhaps the tone of hysteria towards the end was a little unnecessary? The IAMM COULD do a better job in research; its choices in acuquisitions and how the curators label them CAN be called into question. But reasonably now, to say that we're in the "zaman kehancuran seni Islam, sebelum ianya bermula di Malaysia" is surely a little dramatic? If it weren't for the IAMM there really wouldn't be much to look at when it comes to museums in this country, and at least one institution here is making a visible attempt to operate according to international museum standards. It is well overdue, though, that the museum focus on the Islamic heritage of this region, and this exhibition is a start. A tad superficial, yes, but hopefully it is only the beginning. It is clear that there are not only Malaysians who want to see more, but Malaysians who are willing (and able?) to cast a more critical eye over the offerings. What some of the audience needs to also understand, though, is that the IAMM IS a museum that was structured along the lines of Western scholarship of Islamic art history. It has, nevertheless, been steadily setting itself apart with its collection that extends beyond the Indian subcontinent. It is great that members of the audience can distinguish between Islamic culture in Malaysia that is of Arab origin and a more indigenous representation of Islam, yet this should not mean that the museum should be faulted for its global Islamic reach. Indeed, there is a tremendous amount to be learned from the historical Islamic empires; and I point this out here to express a hope that one's nationalism not be allowed to get in the way of an appreciation of this fact. We already have a national museum.

 

posted by Ros Mahwati Ahmad Zakaria Assistant Curator Curatorial Affairs Department Jalan Lembah Perdana 50480 Kuala Lumpur Malaysia Tel: 603-22742020 Fa
Assalammualaikum wrt wbt.

Pertama sekali saya ingin ucapkan terima kasih di atas tulisan Encik Zulkifli yang saya kira secara jujur menegur untuk satu tujuan yang baik supaya pameran di MKIM kelak akan lebih mantap dan bukan untuk menjatuhkan air muka ataupun dengan niat yang tidak baik. Saya harap inilah yang Encik Zulkifli maksudkan semasa menulis artikel “Angin Kemarau” ini.

Sebagai seorang warga di MKIM saya merasa terpanggil untuk menjelaskan kekurangan maklumat dan pertanyaan yang diutarakan oleh pihak penulis. Walau apapun yang ditulis oleh pengkritik dan pengunjung ke pameran “Perutusan dan Monson” kami tetap bangga dengan pameran ini. Memang susah untuk memuaskan hati semua pihak terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan agama, seni dan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini kerana lebih dari 20 juta rakyat Malaysia memang arif dengan budaya kehidupan mereka sehari-hari. Mungkin disebabkan oleh ikatan ini, banyak perkara yang boleh diketengahkan dihalang oleh satu pemahaman dan satu pegangan sahaja. Tidak boleh dimajukan dan tidak boleh dibincangkan. Ia perlu kekal sebagai mana asalnya.

Pada saya adalah tidak adil kalau membicarakan tentang pameran “Perutusan dan Monsoon “ ini tanpa hasil penyelidikan yang lengkap mengenai pameran ini yang telah dibukukan dalam sebuah katalog berbahasa Inggeris “The Message & The Monsoon”. Di dalam buku ini insyaAllah ada semua jawapan bagi persoalan yang diutarakan oleh Encik Zulkifli di dalam penulisan artikel “Angin Kemarau”. Sila dapatkan katalog ini di kedai muzium kami yang cantik seperti yang dikhabarkan.

Mengenai pencahayaan ruang pameran yang sedikit malap ianya adalah bagi keselamatan artifak seperti yang di sarankan oleh pihak konservasi. Untuk pengetahuan penulis, sebelum bahan-bahan pemeran diatur, pihak konservasi akan meneliti perancangan susun atur bahan pameran yang disediakan oleh pihak kurator dan pihak pereka pameran dan memberikan nasihat mengenai cara menggantung, meletak dan juga cahaya. Untuk pengetahuan pihak penulis juga, kesemua lampu yang digunakan didalam ‘case’ kaca adalah dari lampu fiber optik yang mana cahayanya tidak panas dan selamat bagi artefak.
Penjelasan mengenai kewujudan ruang kosong di dalam galeri ini adalah kerana ianya disengajakan oleh pihak pereka pameran dan kurator MKIM. Ini bagi memudahkan pergerakan golongan kurang upaya termasuk warga tua yang menggunakan kerusi roda bagi melawat pameran ini. Untuk pengetahuan Encik Zulkifli, pihak MKIM sekarang ini sedang dalam usaha menjadikan kawasan muzium mesra pengunjung terutama sekali bagi golongan yang menggunakan kerusi roda, kurang upaya dan sebagainya yang mana kemudahan ini sukar ditemui di muzium lain di Malaysia. Jika diperhatikan dalam pameran itu juga terdapat tulisan braille bagi pelawat yang tidak boleh melihat membaca maklumat mengenai pameran. MKIM bukan sahaja menyediakan ruang “kosong” malah turut menyediakan kerusi roda bagi kegunaan orang kurang upaya.

Bagi selonggok barang-barang pasar malam yang dikatakan oleh penulis, ianya adalah untuk aktiviti pendidikan kanak-kanak. Sudut pendidikan kanak-kanak ini merupakan satu sudut yang mesti diadakan tidak kira sama ada pameran dari Timur Tengah ataupun dari Timur sendiri. Rempah ratus, dan berbagai replika emas, mutiara, kain-kain dan minyak wangi adalah bagi memberitahu kepada golongan muda ini bahawa barang-barang harian yang mereka dapati di rumah mereka ini adalah merupakan satu kumpulan barang perdangangan yang utama dirantau ini satu masa dahulu. Kami juga menyediakan satu peta yang menunjukkan tempat asal barang-barang dagangan ini diperolehi.

Kesimpulan penulis mengenai kehancuran seni Islam yag bermula di Malaysia insyaAllah tidak akan berlaku di MKIM kerana kami sebagai pemelihara khazanah negara dan agama, sentiasa membuka pintu kepada semua golongan untuk datang berkongsi kepakaran mereka mengenai seni Islam. InsyaAllah dengan niat ikhlas Yayasan Albukhary dalam memelihara khazanah warisan negara dan agama ini serta berkongsi dengan maysrakat umum, ianya tidak akan sia-sia kerana setiap yang dibelanjakan telah berjaya meletakkan MKIM sebagai salah sebuah muzium bertaraf antarabangsa. InsyaAllah teguran dan kritikan seperti ini akan kami jadikan cabaran dalam memartabatkan seni Islam terutama seni Islam Nusantara supaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan seni Islam di negara Islam yang lain.

 

posted by museumgoer
Has it occurred to anyone that "message and the monsoon"'s message may be what the problem is here...seems like a few visitors/reviewers aren't getting it, and the fact that the museum staff feel compelled, repeatedly, to explain their actions/intent is ridiculous. Time to consider shifting self-analysis from the research to how the exhibition is presented and received perhaps? Think about it.

 

posted by milquetoast
An excellent suggestion from Museumgoer. I would like to address the issue of presentation in the children's educational corner.

I support the IAMM's point on contemporary items illustrating comparable modern objects. The use of historical artefacts would not only be a silly exercise in the security and conservational integrity of artefacts, but would in addition have absolutely no contextual meaning for children. Items were exhibited in miniature sacks, small caskets and coloured glass bottles to illustrate what was imported to the Malay world, and what it in turn had to offer. However it is worth noting that creating an engaging display for children requires much more depth to excite the imagination of kids. In the age of X-box and special effects, it would take more than a few objects nestled in hay to capture their attention.

However, when considering the supplementary map for kids, picture info panel on the life of a trader, tactile pictures and braille labels - i think that credit should be given to their attempt to provide a layered educational approach and for including specialist audiences such as children and people with visual disabilities.

Older children were provided panels that explained the old system of weights and measures in its historical context, using saga seeds, scales, and a simplified version of the weight of coins to saga seeds. Again, an understandable modern context was provided wherein they measured the number of saga seeds equivalent to a 50 cent coin. A play corner with traditional Malay games was also available in the early stages of the exhibition. It is disappointing to find that these, along with craft activities and themed story-telling sessions, were all moved to the children's library as a security measure when they would have created a greater impact had it remained in the gallery alongside the displays.

 

posted by luxorgirl.
Saya bersetuju dengan Rosmahwati tentang pendapat beliau bahawa memang sukar untuk memuaskan hati semua pihak. Saya pernah melawat beberapa muzium di Malaysia dan saya mendapati muzium Kesenian Islam (MKIM) adalah yang terbaik di Malaysia dari segi pameran, idea, pemuliharaan dan konsep. Jika hendak di kaji tentang seni Melayu seharusnya peranan ini tidak semestinya dibebankan kepada MKIM sepenuhnya kerana MKIM lebih menekankan keseniaan Islam dari segi global.(bayangkan berapa banyak negara Islam yang terlibat).Kita tidak seharusnya menghadkan pemikiran kita dengan menunding jari mencari kelemahan orang lain sebaliknya cubalah membantu. Kesinambungan daripada 'Perutusan Dan Monsun' hanyalah titik permulaan bagi MKIM untuk mempamerkan artifak-artifak yang berteraskan Seni Islam Melayu yang terdapat di dalam koleksi mereka. Jika En. Zulkifli ada sebarang maklumat tentang seni melayu marilah kita bersama-sama berkongsi maklumat bagi memantapkan lagi warisan seni Islam ini.

 

posted by gadis melayu yg menawan
Benarlah kata orang tua embun tu dingin...kata-kata embun juga dingin dan tak berteraskan fakta yang tepat. Sebagai salah seorang pelajar (research) dan pelawat tetap yang menjalankan kajian di IAMM saya tidak setuju dengan pendapat Embun yang mana jelas sekali tidak mengetahui langsung tentang keadaan galeri di IAMM, setahu saya IAMM mempunyai banyak koleksi dari luar Tanah Arab seperti India, China, dan sebagainya. Seperti komen luxorgirl ia adalah sebagai titik permulaan bagi IAMM untuk mengorak langkah dalam memperkembangkan kesenian Melayu Islam. kita seharusnya menyokong dan bukannya menjatuhkan orang lain dan bagaimana Melayu hendak maju jika kita asyik merendah-rendah usaha orang lain.

 

posted by svarnabhumi
Assalamualaikum! Selamat Berpuasa untuk semua umat Islam di Malaysia, Nusantara dan seluruh dunia!
The review of "Monsoon and Message" was not to "menjatuhkan kemajuan Melayu" far from it. In fact it is for "memajukan kesenian dan pengurusan seni Melayu dan Islam". IIAM has done great exhibitions on Islam in the past, it is our hope that IIAM will continue its tradition in putting up great exhibition tha we could enjoy and learn. It is not about whether the exhibition is on Malay or Global Islam, in fact IIAM should also look at exhibiting on Islamic Arts in Indonesia, Thailand, Cambodia, Burma etc, perhaps there are many similarities and dfferences that we could learned. IIAM's private entry point on Islam in Malaysia and in the world is important, without being the Melayu Museum, which already exist like Museumgoer said. Congratulations to IIAM for thinking about children, old people and people with wheelhair, that's part of decision making in managing a museum and exhibition, but good exhibition is not just about that. But dont do things just as "Melepaskan Batuk Di Tangga". The discussion should have been about Islamic Arts in the Malay World, IIAM should already have curatorial expertise from the exhibition point of view - labels, layout etc. The knowledge from the exhibition should not be separated into two, and the book should not be the reason for getting more information about the exhibition, the book should be the extension of that. Up to this point we dont even know who is the curator of the exhibition, we have got comments from Assistant Curator and Marketing person of IIAM. The curator is the creator of the exhibition! Hopefully, IIAM will continue its tradition of putting up good exhibition. In Malaysia also we need to ask ourself whether Islam is only for the Malays, as there are other muslims in the country - Indian, Chinese etc and surely their aesthetics are different. Wassalam!

 

posted by Man Jawa
Akum..Zul...
Sesungguhnya memberi komen memang mudah apatah lagi "mengondem". Rasanya sebelum melepaskan kepada public tentang apa yang diihat oleh mata....elok selidiki apa masalah IAMM untuk menyediakan segalanya semata-mata untuk memuaskan mata pengunjung ke sana.

 

posted by jiman
Assalamualaikum...

Saya cuma ingin menarik perhatian En. Zulkifli di sini bahawa nama muzium tersebut adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia dan bukannya Muzium Islam seperti yang ditulis. Rasanya tidak mungkin Islam boleh dimuziumkan tetapi keseniannya boleh.Ia diuruskan oleh Yayasan Albukhary dan bukannya Yayasan Bukhary seperti yang ditulis. Semua maklumat ini ada dengan jelas dan nyata dalam website mereka di www.iamm.org.my. En. Zulkifli lawatlah.

Dalam bahasa Inggeris, muzium ini dikenali sebagai Islamic Arts Museum Malaysia atau IAMM dan bukannya IIAM seperti ditulis Svarnabhumi.

Seperti kata En. Man Jawa, selidikilah betul-betul sebelum diluahkan kepada umum.

Jiman

 

posted by Salam Buka Puasa
Saudara2. Fahamilah, saya bukan mengondem atau mengodam tapi hanya sekadar memberikan pendapat saya semasa lawatan saya ke situ. Rasanya seseorang pengunjung tidak perlu tahu apa yang berlaku di balik tabir. Kita hanya mahu menikmati pameran. kalau ada yang terpijak kaki maaflah. Sampai bila kita nak improve haisl kerja kita kalau tak suka orang komen atau tegur. OK maafkan saya kalau salah tentang nama muzium. But there are more important things to discuss here. Rasanya tidak banyak orang yang mampu membeli buku yang dijual dikedai muzium. Kita seharusnya menikmati apa yang dipamerkan. Wassalam

 

posted by jiman
Assalamualaikum...

Mengkritik dan memberikan pandangan itu sangat baik, tetapi jangan sampai ada mtoif lain yang tersirat. Jangan pula terlampau dipengaruhi emosi sehingga mempamerkan ketidakprofesionalan kita.


*jadi nama muzium itu tidak penting ?

 

posted by Boy
The problem with the entire show is that the curator is a Mat Salleh with no real knowledge of Islam, Malays arts, culture or the Malay language. Lucien de Guise came from Tatler magazine and how he became the curator of an Islamic museum is anyone's guess. But as is evident from the exhibiton, he lacks any real knowledge of the subject matter at hand. That he is silent on this subject is not surprising--he really does not know anything. It is insulting to Islam and Malay culture that such a man has been entrusted to look after our history/arts/culture. Perhaps he would like to reply to all these comments as to why the exhibition does not fulfill its own 'message'.

 

posted by Kak Una
En. Zulkifli sendiri sudahpun "menghilangkan diri" dari 'pertelingkahan' ini. Mungkin beliau sendiri telah mengakui kesilapan kerana tidak menyelidik dengan sebaiknya sebelum meluahkan pendapat.

Jadi, ada baiknya kita tamatkan sahaja di sini kecuali jika En. Zulkifli ingin mempertahankan pandangan beliau yang memang kita tahu, tidak berdasarkan kajian yang teliti dan menyeluruh. Beliau cenderung membuat kesimpulan mudah dan kelihatan ada tujuan lain selain berhasrat untuk memajukan sesama bangsa.

 

posted by Ms Jay
Assalammualaikum…

An interesting observation from Boy - but one question I would like to ask is, is Boy attacking the so-called ‘missing curator’ based on the responses and scrutiny of the exhibition, or based on a person’s race and background? To imply that because the Acting Head Curator of IAMM is a ‘Mat Salleh’ that the exhibition wasn’t a ‘success’ is I’m sorry to say, downright lame and a tad bit prejudiced. If Boy believes Mr de Guise isn’t the right person to lead the IAMM curatorial team & should not be ‘entrusted to look after our history/arts/culture’ simply because he is not a Malaysian, not a Muslim, doesn’t speak Malay and for some weird reason to include ‘from Tattler’ as part of an insult (yeah. Hoity-toity magazine. But hey! We’ve all been a part of something socially disagreeable for career & cash sake) – perhaps Boy should refer to his not-so-pleasant comment on Mr de Guise’s apparently ‘no real knowledge of Islam, Malays arts, culture or the Malay language’ statement – and be reminded that it is neither Islamic, Malay nor within the acceptable ‘language’ of good human behaviour to insult a person in such a fashion. Boy should have done his homework better and would have known that the said ‘Mat Salleh’ is a respected writer of arts, civilization and culture with other highly respectable publications and has a Masters Degree in Islamic Studies.

A little titbit for the Boy:
(Excerpt from Islamica Magazine)
http://www.islamicamagazine.com/ViewCompleteArticle.aspx?ArticleCd=100
Lucien de Guise is the Acting Head Curator of the Islamic Arts Museum Malaysia. After completing his MA in Islamic Studies, Lucien de Guise worked as the deputy editor of Arts of Asia magazine. Since then he has specialised in Oriental art and writes a monthly column for eight publications in Asia. In addition to contributing to magazines in the UK and USA, he has written the only guide to collectibles in Malaysia.

Hmm.

THIS certainly has gone way off tangent from the article Angin Kemarau above - and it may not be Islamic-ly ethical either to ‘correct’ Boy in a public domain- But if someone is simply too eager to insult another person without really knowing an individual’s background, and it might be considered acceptable. Then I derive being much more eager to retain a person’s dignity for the same reason, is unquestionably much more acceptable.

Perhaps, it is time Boy becomes a Man? ;)

 

posted by Adline
Assalamualaikum everyone.
Allow me to address the issue of the "missing curator". This is not an official response from the IAMM, but more a personal response to this debate. I was project manager of the exhibition, which basically means I oversaw the entire project from beginning to completion.
However, this exhibition was not per say "curated" by any one individual. It was a result of an amalgamated effort between IAMM staff and external experts. There were no less than 10 IAMM staff (local & foreign, Muslim and non-Muslim) conducting research on the various sections covered in the exhibition. External experts include two Professors from local universities (renown in their fields of Islamic Art History and architecture), both giving valuable input to the research content and what was to be addressed in the exhibition.

Everyone at the IAMM appreciates constructive criticism and suggestions, as there is always room for improvement. I think En. Zulkifli has taken a bold step in giving his views. We are pleased that the exhibition has struck a nerve. We continue to learn, improve and evolve - InsyaAllah.

However, I can't help but say something about the less than flattering comments that were made about Mr. de Guise. As Ms. Jay has mentioned in her response, he is more than qualified. His team will tell you that he is simply put - a good man.

And if I may venture a comment of my own, I think it is imperative for us to have non-Muslim and non-Malaysian staff. It helps us to better understand ways to reach out to our non-Muslim / non-Malaysian audience. Islamic art after all is for everyone to enjoy.

I hope the public will continue to have faith in us, for we want to do our best to elevate the status of Islamic art within this region. This exhibition was "different" as it addressed Southeast Asian heritage as an Islamic art. I think it really struck a nerve because it would appear that not many are comfortable with considering Malay artforms as an Islamic art. Most are more comfortable with reinforcing our pre-islamic past. But that, is a topic for another debate.

I personally thank everyone for their views. Look forward to seeing you at the IAMM. Wishing everyone a Selamat Hari Raya Aidilfitri & Happy Deepavali.

Adline A. Ghani
Assistant Curator
IAMM













Mr Lucien de Guise was the Chief editor of the catalogue

 

posted by dragontail
Think you guys should check out this article from NST:

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Tuesday/Features/20051024130113/Article/indexb_html

 

posted by pedang berlian
walau bagaimana sekalipun, pendekatan seni islam yang dipamerkan menandakan kepada suatu intipati keislaman yang macam mana? perkara utama yang harus dibincangkan apakah implikasi atau kata lain menafaatnya kepada suatu penjelmaan objek yang dikatakan seni islam. atau apa itu seni islam? perkara asas ini mengheret kita kepada persoalan tunjang matlamat keseluruhan tentang bagaimana islam dan seni di objekkan. tidak kira ianya datang dari timur atau timur tengah, namun yang penting apakah ketentuan kita dalam pentafsiran seni islam mengenai 'message dan monsoon' sebagai suatu penakrifan dalam menyatakan bahawa ia dianggap islamik.

setakat mana peranan Lucien de Guise dalam hal ini, sebagai seorang yang bertanggung jawab terhadapnya dan juga sebagai seorang yang bukan islam!!!!!

 

posted by ulat buku
Saya baca kritikan awak, dan saya rasa hmm...macam elok juga kritikannya. Soalan yang dikemukakan ada baiknya, tapi - lepas tuh ade pulak yang emosional nak mempertahankan agama Islam dengan mengenakan orang yang bukan islam. Yang part tuh, saya kurang setuju dengan cara pemikiran awak, adakah awak mengatakan bahawa orang Islam sahaja yang tahu atau arif mengenai Islam dan perkara-perkara yang berkaitan? Orang yang bukan Islam hanya mahu menjatuhkan Islam atau tidak kisah pada Islam? Banyak buku yang telah ditulis oleh org bukan Islam mengenai agama Islam, satu contoh yang baik dibaca ialah Daughters of Another Path: Experiences of American Women Choosing Islam – Carol Andersen Anway. Seorang ibu menulis mengenai anaknya yang telah memeluk agama Islam dan cuba memberi kefahaman kepada dunia luar tentang pengalaman anaknya dan mualaf-mualaf yang lain, prinsip-prinsip dan rukun Islam dan mengapa anaknya tertarik kepada agama Islam. Bagus buku ni.

http://www.amazon.com/gp/product/0964716909/qid=1133512026/sr=1-1/ref=sr_1_1/102-9169979-0460909?s=books&v=glance&n=283155

Saya perhatikan ramai yang berpemikiran jikalau orang itu bukan Islam, maka mereka tidak ada hak untuk menjadi pejuang agama Islam ataupun apa-apa yang berkaitan dengan Islam. Saya tidak menafikan mungkin ada juga yang berniat kurang baik terhadap Islam, tetapi bukan semuannya begitu. Lari topik sedikit, tetapi saya rasa penting untuk melampirkan topik ini sebab pada pendapat saya kelemahan atau kebaikan pameran Perutusan & Monsun tidak bolehlah di letakkan di atas bahu seseorang sahaja, dan menggunakan hujah orang itu bukan beragama Islam sebagai alasan terdapatnya kelemahan di dalam pameran tersebut. Hak ilmu pengetahuan Islam bukan hanya untuk orang mukmin sahaja. Kurangkan sangkaan prejudis…tak elok dipandang orang luar dan orang sendiri.

- a man cannot be a Muslim till his heart and tongue are so - saying by the Prophet (PBUH)

 

posted by pedang belian
saya tertangkap dengan penjelasan ulat buku. dalam masalah ini bukan prejudis yang di persoalkan, tetapi berbalik kepada perkara asas tentang hakikat islam darikata bukan islam, apabila dikatakan bukan islam ia terdiri kepada dua penelitian terhadap peranan individu dalam menjelaskan hakikat islam secara kerohaniannya dengan masalah pengetahuan. kalau ia bertapak kepada kerohanian bagaimana yang bukan islam 'merohanikan hakikat islam sebagai suatu pengertian keislaman yang tepat' dan kalau berbentuk pengetahuan ia telah merupakan suatu ilustrasi informatif tentang persoalan imej dan bentuk. soalannya adakah seni-islam itu datang daripada penjelmaan bentuk atau rohani kepada bentuk yang boleh diletakan kepada suatu premise yang dikatakan 'mesej dan monsoon'dan adakah penjelmaan bentuk itu sendiri sebagai suatu pemujaan kepada suatu hakikat seni dan islam. kerana sebagaimana yang telah diutarakan oleh ulat buku - 'a man cannot be a Muslim till his heart and tongue are so - saying by the Prophet (PBUH)' di mana adakah hati dan tounge itu boleh diselaraskan sebagai suatu penyatuan 'pengtauhidan' kerana seni itu adalah suatu gerakan tauhid kepada konsep keagungan yang maha esa. memang tidak dinafikan ramai bukan islam yang menulis tentang islam. namun hakikatnya ia menimbulkan suatu skeptikal kepada penghujahan kontek ilmu dan pernyataan. terutama apabila ia berasaskan daripada larutan pemikiran. implikasinya ia menimulkan suatu keraguan tentang perkara asas - terutama apabila ia dipanggil seni islam. dan perlu diulang lagi bukan bermakna orang bukan islam tidak boleh menulis tentang islam tetapi dalam kontek ini pameran ini terletak kepada suatu pemberian makna secara komprehensif secara asas kepada persoalan tampak yang ingin dirohanikan kepada persoalan asas kepercayaan. kerana diragui akan menimbulkan suatu konflik kepercayaan , melainkan kita sengaja mahu meliberalisasikan kefahaman yang ada sebagai suatu perubahan dan terbuka.

dan sudah tentu kebaikan sesuatu pameran bukan terletak pada bahu seseorang tetapi ia melibatkan keseluruhan organisasi itu sendiri serta pola pemikiran jentera penyelengeraannya. walaupun begitu corak yang ingin ditunjulkan sudah tentu terbina oleh suatu kepercayaan dan dalam sesuatu pameran itu sudah tentu terdapat kebaikan dan keburukan kerana signifikasi memberi maklumat dan pengajaran. walaupun kita kata sudah bertahun-tahun kita membuat kajian terhadapnya. namun ia tak semestinya sesuatu yang definite, kerana tujuan pameran pun adalah untuk dipertontonkan sebagai suatu proses ilmu. namun apabila dikatakan sebagai proses ilmu ia sesuatu yang berbentuk try and error dan kadangkala eksperimental.

dan kesemua perkara berikut perludiambil kira kerana implikasinya begitu besar lebih lagi apabila ia ingin dibawa kepada tengah masyarakat.

 

posted by pedang berlian
terutama ditengah masyarakat sekarang yang dikelilingi oleh kefahaman yang mengelirukan.

melainkan ia di lihat sebagai suatu penjelmaan citarasa

 

posted by pedang belian
kini saya ingin menyambung lagi bahawa maksud peyelarasan antara hati dan lidah itu dimaksud kan kepada - adakah penulis yang menulis tentang pameran tersebut dapat benar-benar menyatakan daripada kedua saluran tersebut. kerana lidah dan hati adalah dua subjek yang berbeza.

dan TQ for introducing me the web for the book.

 

Related Links

    print | e-mail to a friend | post comment